Copas Islamidia.com
Terjemahan melalui bahasa mazhab diertikan sebagai tempat untuk pergi. Ia berasal dari perkataan zahaba – yazhabu – zihaaban (ذهب – يذهب – ذهابا) iaitu akar dari kata tersebut. (Untuk kepastian nahu Arab, Tuan diminta merujuk kepada yang ahli).
Manakala, mazhab membawa methodologi atau kaedah yang
disimpulkan melalui al-Quran dan dan Sunnah Nabawiyyah. Mazhab yang
dimaksudkan adalah “Mazhab Fiqih”.
Sesungguhnya mazhab fiqih itu bukan hanya ada empat
sahaja, tetapi masih ada banyak lagi yang lainnya. Bahkan jumlahnya
mencapai puluhan. Namun yang terkenal hingga sekarang ini memang hanya
empat sahaja.
Sedangkan yang kita kenal empat mazhab sekarang ini
adalah kerana keempatnya merupakan mazhab yang telah terbukti sepanjang
zaman dan tetap bertahan, sehingga usianya sudah menjangkau dari 1000
tahun.
Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah, Asy-Syafi’iyah dan
Al-Hanbali’yah adalah empat dari sekian puluh mazhab yang pernah
berkembang di masa kejayaan fiqih dan mampu bertahan hingga sekarang
ini.
Mazhab Fiqih adalah penting dalam memberi umat Islam
pemahaman mengenai nas-nas agama. “Mazhab bukan pecahan di dalam agama
ISLAM”
Walaubagaimanapun, kepada golongan yang mengatakan
“kami HANYA berpegang kepada al-Quran dan Sunnah!”. Ia bukan semudah
yang dikatakan. Mazhab empat yang muktabar wujud bagi memperjelaskan
isu-isu atau keadaan yang tidak terfikir dek akal cetek manusia
sebelumnya.
Tuan-tuan bayangkan kesudahan daripada
pemikiran-pemikiran logik akal akan mewujudkan kelompok-kelompok
menafsir al-Quran dan Sunnah mengikut hukum akal. Maka, hukum-hukum
fiqih di dalam dunia umat Islam akan berlaku dengan jumlah tidak
terhitung. Setiap umat Islam mengaku mempunyai istimbath sendiri dalam berpegang kepada ijtihad hukum.
Contohnya: Jika berlaku dalam keadaan-keadaan tertentu dia bebas membuat keputusan beradasarkan hukum akal logik.
Munculnya aliran sesat semacam penganut Islam
“LIBERAL”, Ahmadiyah, serta kelompok lainnya adalah akibat dari tidak
adanya sistem istimbathhukum yang pasti dalam menarik kesimpulan hukum yang benar dari Quran dan sunnah.
Mazhab Fiqih Adalah Memudahkan
Kita mengenal Al-Quran dengan lebih 6000
ayatnya, serta mengenal jutaan hadith nabawi. Tentunya, tidak semua
orang mampu membaca semuanya, apalagi sampai menarik kesimpulan
hukumnya.
Apalagi mengingat bahwa Al-Quran tidak diturunkan
dalam format kitab undang-undang atau peraturan. Al-Quran berbentuk
prosa yang mempunyai kelazatan apabila dibaca sebagai bentuk sastera.
Tentunya, menelusuri lebih 6000 ayat untuk sebuah kitab undang-undang
adalah berat.
Maka para ulama pendiri mazhab itulah yang berperanan
untuk menyelesaikan pengistilahan dalam setiap ayat di dalam al-Quran
itu. Satu demi satu ayat Quran dibaca, ditelaah, diteliti, dikaji,
dibandingkan dengan ayat lainnya, kemudaian dijadikan kesimpulan hukum
yang terkandung di dalamnya.
Manakala hadith Rasulullah SAW yang berjumlah jutaan
itu, lebih sukar untuk dimengertikan. Ini disebabkan ia memerlukan
beberapa peringkat proses sebelum kesimpulan hukum dan sebagainya
diletakkan. Antaranya ialah proses meletakkan taraf hadith, samada
furu’, dhoif atau maudhu’ bagi mendapatkan darjat shohih. Ia tidak
semudah yang dilakukan oleh kelompok pelampau agama dengan
sewenag-wenangnya meletakkan taraf sesuatu hadits tersebut tanpa merujuk
kepada “sepakat ulama”.
Di dalamnya terdapat ratusan tokoh-tokoh ulama ahli
yang meneruskan dan menyebar luaskan mazhab gurunya. Dan masing-masing
memiliki pengikut yang jumlahnya paling besar, serta mampu bertahan
dalam waktu yang sangat lama.
Para ulama mazhab itu kemudian menulis kitab yang
tebal-tebal dalam jumlah yang sangat banyak, kemudian diajarkan kepada
umat Islam di seluruh penjuru dunia.
Hasil dari penelusuran dari ayat al-Quran mahupun
jutaan butir hadits itu kemudian ditulis dengan susunan yang mudah,
dengan bahasa yang lebih difahami khalayak oleh para ulama mazhab itu.
Dengan mengikuti sebuah pola tertentu yang sudah ditetapkan sebelumnya
secara ilmiah. Ada puluhan bahan, ribuan ulama ahli dan pakar-pakar di
bidangnya yang bekerja siang dan malam untuk melakukan proses ini
sepanjang zaman. Sehingga menghasilkan kesimpulan dan rincian hukum yang
sangat spesifik dan mampu menjawab semua masalah syariah sepanjang
zaman.
Penghasilan daripada imam-imam mazhab ini menghasilkan jasa besar sepanjang kehidupan umat Islam hingga abad 15 Hijriah ini.
Dan semua itu kita sebut sebagai mazhab fiqih!!!
Sekiranya ada, dan sememangnya ada kalangan manusia
yang mengatakan mengapa harus bermazhab dan tidak langsung merujuk
al-Quran dan Sunnah, sudah terang, lagikan bersuluh bahawa manusia ini
tidak tahu akan persoalan usul.
Akibat daripada golongan yang mengambil hukum sendiri
daripada al-Quran Kalamullah dan Sunnah, secara tidak sedar dia telah
mewujudkan sebuah mazhab baru tanpa bersandar kepada ulama muktabar.
Bagaimana berlaku kesalahan dalam menafsir daripada
al-Quran dan hadith dalam sudut hukum? Sanggupkah yang berijtihad diri
dalam kapasitui tidak tahu akan ilmu usul menanggung dosa-dosa orang
yang telah diajarkannya?
Mengapa Ada Banyak Mazhab?
Banyak orang salah sangka bahawa adanya
mazhab fiqih itu bererti sama dengan perpecahan, sebagaimana berpecah
umat lain. Sehingga ada dari sebahagian umat Islam yang menjauhkan diri
dari bermazhab, bahkan ada yang sampai anti mazhab!
Banyaknya mazhab itu tidak ada kaitannya dengan
perpecahan, apalagi permusuhan di dalam tubuh umat Islam. Sebaliknya,
banyaknya mazhab dan pendapat itu menunjukkan sangat dinamiknya syariat
Islam, serta sangat luasnya wilayah ijithad.
Semakin banyak mazhab sepatutnya kita semakin bangga,
bukan semakin sedih. Sebab mazhab itu tidak seperti pecahan-pecahan
yang saling bermusuhan. Adanya mazhab-mazhab itu menunjukkan kecanggihan
dan keistimewaan syariah Islam.
Analogikan binaan sebuah organisasi yang mempunyai
banyak jabatan menunjukkan betapa besarnya jangkauan organisasi
tersebut. Ia memudahkan segala urusan dalam memperincikan perkara dan
menggambarkan sikap proffesional yang tinggi.
Perbezaan pendapat telah berlaku semenjak Nabi
Muhammad SAW masih hidup. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri pernah
berbeda pendapat dengan para shahabat dalam hasil ijtihadnya, dan pernah
ijtihad shahabatnya yang dibenarkan oleh ALLAH SWT.
Penting Untuk Kita Bermazhab
Maka kesimpulan dari jawaban ini ialah,
bermazhab itu adalah bentuk paling benar dari slogan kembali kepada
Al-Quran dan As-Sunnah. Manakalapandangan yang berbeza terjadi di
kalangan pendokong mazhab itu adalah sebuah perkara yang mustahil
dihindari. Namun perbezaan itu haram untuk dijadikan dasar perpecahan
dan permusuhan, sebaliknya harus menjadi sebuah khazanah kekayaan
syariah Islam yang luas dan praktikal.
Maka, sedangkan seorang yang tingkat keilmuannya sudah mendalam seperti Al-Imam al-Ghazali rahimahullah
sekalipun tetap berbalik kepada salah satu mazhab yang ada, iaitu
mazhab As-Syafi’iyah. Bgaiaman dengan kita? Beliau (Al-Imam al-Ghazali rahimahullah) tetap bermazhab walaupun terbukti kepakarannya mengistimbath hukum sendiri. Begitu juga halnya dengan ulama besar lainnya seperti Al-Mawardi, An-Nawawi, Al-‘Izz bin Abdissalam dan lainnya.
Jadi bagaimana pula dengan kita samada mahu bersandar kepada ulama atau ikut nafsu diri….?
Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,